Terms of Service
Dikemas kini 15 Oktober 2026
Terma ini terpakai apabila anda membeli Raudhah IQ atau menempah kelas melalui raudhahiq.my dan order.raudhahiq.my. Penjual ialah Kanemochi Network (“kami”). Dengan membuat pesanan atau tempahan, anda bersetuju dengan terma ini dan Privacy Policy kami.
Produk
Raudhah IQ ialah makanan tambahan, bukan ubat. Ia tidak menggantikan rawatan atau nasihat doktor. Untuk bayi, ibu hamil dan sesiapa yang sedang mengambil ubat, tanya doktor dahulu. Ikut cara ambil yang disyorkan di laman kami. Kesan pengambilan berbeza bagi setiap individu.
Harga dan bayaran
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Jumlah yang perlu dibayar, termasuk caj penghantaran dan caj COD jika ada, dipaparkan sebelum anda membuat pesanan. Cara bayaran yang ada dipaparkan di halaman pesanan:
- FPX atau DuitNow QR melalui CHIP: pesanan diproses sebaik sahaja bayaran berjaya.
- Pindahan bank: kami WhatsApp butiran akaun selepas anda membuat pesanan, dan pesanan diproses selepas bayaran diterima.
- Bayar semasa terima (COD): untuk alamat di Semenanjung sahaja. Sediakan jumlah bayaran semasa barang sampai.
Pengesahan dan pembatalan pesanan
Kami mengesahkan setiap pesanan melalui WhatsApp. Kami boleh menolak atau membatalkan pesanan, contohnya jika stok habis, butiran tidak lengkap atau bayaran tidak diterima. Jika anda sudah membayar untuk pesanan yang kami batalkan, kami akan memulangkan bayaran penuh.
Jika anda mahu membatalkan pesanan, hubungi kami sebelum pesanan dipos.
Penghantaran
Kami pos ke seluruh Malaysia setiap Isnin hingga Sabtu. Pesanan hari Sabtu sebelum 2 petang dipos pada hari yang sama. Kadar penghantaran dipaparkan di halaman pesanan, dan tempoh barang sampai bergantung kepada lokasi dan syarikat kurier.
Sila pastikan nama, alamat dan nombor telefon anda betul sebelum membuat pesanan.
Barang rosak, salah atau tidak lengkap
Jika barang yang anda terima rosak, salah atau tidak lengkap, hubungi kami dalam tempoh 7 hari selepas menerimanya, bersama nombor pesanan serta gambar atau video sebagai bukti. Kami akan menggantikan barang atau memulangkan bayaran selepas permohonan anda disemak dan diluluskan.
Barang yang hendak dipulangkan perlu mendapat kelulusan kami terlebih dahulu. Bayaran balik tidak diberikan atas sebab tukar fikiran selepas pesanan diproses atau dipos.
Tempahan kelas
Tempahan kelas disahkan melalui WhatsApp, tertakluk kepada tempat yang masih ada.
Baucar
Setiap pesanan yang dibayar mendapat baucar RM20 (bagi COD, selepas barang diterima). Kod baucar diberi melalui halaman pesanan, e-mel atau WhatsApp.
Baucar boleh digunakan sendiri atau diberi kepada orang lain, untuk satu kali guna, dengan belanja minimum RM165, dan sah selama 90 hari. Satu pesanan hanya boleh menggunakan satu kod, dan baucar tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Jika pesanan dibatalkan atau dipulangkan, baucar daripada pesanan itu yang belum digunakan akan dibatalkan. Kami boleh menukar atau menamatkan program baucar pada bila-bila masa. Baucar yang sudah diberi kekal sah sehingga tarikh luputnya.
Harga dan maklumat di laman
Kami berusaha memastikan harga dan maklumat di laman ini tepat. Jika terdapat kesilapan pada harga atau butiran pesanan anda, kami akan menghubungi anda sebelum meneruskan pesanan.
Teks, gambar, video dan logo di laman ini milik Kanemochi Network atau pemiliknya, dan tidak boleh disalin tanpa kebenaran.
Undang-undang dan perubahan terma
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa, dan terma yang terpakai pada pesanan anda ialah terma pada tarikh pesanan dibuat.
Hubungi kami
Kanemochi Network (Raudhah IQ)
WhatsApp: 010-268 9715
E-mel: raudhahiqx@gmail.com