Privacy Policy
Dikemas kini 15 Oktober 2026 · English version
Raudhah IQ dipasarkan oleh Kanemochi Network (“kami”). Notis ini menerangkan maklumat peribadi yang kami kumpul melalui raudhahiq.my dan order.raudhahiq.my, untuk apa ia digunakan, dan siapa lagi yang menerimanya.
Maklumat yang kami kumpul
- Semasa membuat pesanan: nama penuh, nombor telefon (WhatsApp), e-mel, alamat penghantaran dan nota jika anda mengisinya.
- Semasa menempah kelas: nama, nombor WhatsApp dan e-mel jika anda mengisinya.
- Semasa menghantar mesej di halaman Hubungi: nama, nombor WhatsApp dan mesej anda.
- Baucar: kod baucar yang anda terima, dan pesanan yang menggunakannya.
- Secara automatik: alamat IP dan jenis pelayar yang anda gunakan semasa membuat pesanan, serta cara anda sampai ke laman kami (contohnya dari iklan, carian Google atau terus). Maklumat ini disimpan bersama pesanan anda.
Untuk apa kami gunakan
- Memproses dan menghantar pesanan anda.
- Mengesahkan pesanan, bayaran dan tempahan kelas melalui WhatsApp, panggilan atau e-mel.
- Menjawab soalan dan aduan anda.
- Memberi dan menguruskan baucar.
- Mengetahui iklan atau saluran mana yang membawa pesanan, supaya promosi kami lebih berkesan.
- Menyimpan rekod jualan yang dikehendaki undang-undang.
Maklumat yang wajib diisi
Nama, nombor telefon, e-mel dan alamat wajib diisi untuk membuat pesanan. Tanpanya, kami tidak dapat memproses bayaran atau menghantar pesanan anda. Nota pesanan tidak wajib.
Siapa lagi yang menerima maklumat anda
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda. Kami hanya berkongsi apa yang perlu dengan:
- CHIP, penyedia pembayaran dalam talian kami (FPX dan DuitNow QR), yang menerima nama, nombor telefon, e-mel dan alamat anda untuk memproses bayaran. Bayaran dibuat di laman CHIP dan di laman atau app bank anda. Kami tidak melihat atau menyimpan butiran log masuk bank anda.
- Syarikat kurier atau pos yang menghantar pesanan anda: nama, nombor telefon dan alamat penghantaran.
- Penyedia perkhidmatan yang menjalankan laman ini untuk kami: pelayan (hosting), penghantaran e-mel pesanan dan pembangun laman web kami.
- WhatsApp, apabila kami berhubung dengan anda melalui WhatsApp.
- Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.
Di mana maklumat disimpan
Laman ini dan maklumat pesanan kini disimpan di pelayan di Singapura. Sesetengah penyedia di atas juga memproses maklumat di luar Malaysia.
Kuki (cookies)
Kuki ialah fail kecil yang disimpan oleh pelayar anda. Kami menggunakan:
- Kuki troli dan sesi, supaya pakej yang anda pilih kekal semasa anda membuat pesanan.
- Kuki di raudhahiq.my yang mengingati nombor tempahan kelas anda, untuk halaman Semak pesanan.
- Kuki
sbjs_di order.raudhahiq.my yang merekod cara anda sampai ke laman kami. Maklumat ini disimpan bersama pesanan anda.
Anda boleh memadam atau menyekat kuki dalam tetapan pelayar, tetapi troli mungkin tidak berfungsi tanpanya.
Berapa lama kami simpan
Kami menyimpan rekod pesanan dan tempahan selagi perlu untuk urusan pesanan, khidmat pelanggan dan rekod perniagaan yang dikehendaki undang-undang.
Keselamatan
Laman kami menggunakan sambungan selamat (HTTPS), dan hanya pihak yang diberi kebenaran boleh membuka bahagian admin yang menyimpan pesanan.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan, meminta kami membetulkannya, atau meminta kami berhenti menghantar promosi kepada anda. Hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel di bawah.
Perubahan pada notis ini
Kami mungkin mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Tarikh di atas menunjukkan kemas kini terakhir.
Hubungi kami
Kanemochi Network (Raudhah IQ)
WhatsApp: 010-268 9715
E-mel: raudhahiqx@gmail.com
English version
Raudhah IQ is marketed by Kanemochi Network (“we”). This notice explains what personal data we collect through raudhahiq.my and order.raudhahiq.my, what we use it for, and who else receives it.
What we collect. When you order: your full name, phone (WhatsApp) number, email, delivery address and any note you add. When you book a class: your name, WhatsApp number and, if you give it, your email. When you send a message on our Hubungi (contact) page: your name, WhatsApp number and message. Vouchers: the voucher codes you receive and the orders that use them. Automatically: the IP address and browser you order with, and how you reached our site (for example from an ad, a Google search or directly), saved with your order.
What we use it for. To process and deliver your order; to confirm orders, payments and class bookings by WhatsApp, phone or email; to answer your questions and complaints; to give and manage vouchers; to learn which ads and channels bring orders; and to keep the sales records the law requires.
What you must give. Your name, phone number, email and address are required to place an order. Without them we cannot take your payment or deliver your order. The order note is optional.
Who else receives it. We do not sell your personal data. We share only what is needed with: CHIP, our online payment provider (FPX and DuitNow QR), which receives your name, phone number, email and address to process your payment (you pay on CHIP’s page and on your bank’s site or app; we never see or keep your bank login); the courier or postal company that delivers your order (name, phone number and address); the providers that run this site for us (hosting, order email and our web developer); WhatsApp, when we message you there; and the authorities, when the law requires it.
Where it is kept. This site and its order data are currently kept on a server in Singapore. Some of the providers above also process data outside Malaysia.
Cookies. We use cart and session cookies so the pack you chose stays while you order, a cookie on raudhahiq.my that remembers your class booking numbers for the Semak pesanan (order check) page, and sbjs_ cookies on order.raudhahiq.my that record how you reached our site, saved with your order. You can delete or block cookies in your browser settings, but the cart may not work without them.
How long we keep it. We keep order and booking records for as long as we need them for your order, customer service and the business records the law requires.
Security. Our site uses a secure connection (HTTPS), and only authorised people can open the admin area where orders are kept.
Your rights. You can ask for a copy of the personal data we hold about you, ask us to correct it, or ask us to stop sending you promotions. Contact us by WhatsApp at 010-268 9715 or by email at raudhahiqx@gmail.com.
Changes. We may update this notice from time to time. The date at the top shows the last update.